Hari ini , aku banyak belajar tentang hidup sebenar , tentang segalanya . Mereka mempunyai pelbagai cara untuk mencari kehidupan sendiri . Tetapi masih lagi mencari dimana-mana . Mengapakah mereka masih lagi tidak berhenti mencari ? Adakah ia begitu penting ? Kita tidak tahu apakah itu kehidupan sebenar di dalam dunia kita sebenarnya . Kita begitu asyik sekali mencari sampaikan tidak sedar dimanakah salah kita atau diri kita yang sebenarnya . Aku sendiri tidak tahu apakah itu kehidupan sebenarnya . Aku bingung mencari-cari di merata tempat . Sampaikan aku tidak sedar telah mengecewakan ramai orang di sekeliling aku . Aku berhenti mencari dan aku meneruskan hidup aku . Aku melangkah pergi dan meninggalkan apa yang telah aku capai selama ini . Rupanya begitu singkat hidup ini sebenarnya . Tiada lagi kehidupan yang seterusnya .