Haihhh dah lama bebenorr dah tak meng'update belog aku nih. Hidup bagaikan layang-layang terputus talinya tau. Sebab hidup aku dah semakin tunggang langgang tau tak haa. Hmm tak tahu lah nak cakap macam mane. Bermacam perkara yang berlaku dalam hidup aku tahun ini, bulan ini. Haihh toksah cakap lah bulan nih lagilah kusut weiii. Haiiyooo ! Masih tercari-cari, ternanti-nanti kepada sang sidia untuk membuat keputusan. Hmm apalah nasib aku nih kan. Kalau ade yang sayang. aku cakap tak sayang tapi kalau ade yang tak sayang. aku cakap sayang. Haa nampak tak kepeningan disitu. Huhuhu. Hishh ignore jap ayat to *heee puuiihhhh ! Eh kenapelah aku pilih sidia to haa. Ape yang ade kat dia eh. Hishh ya Allah tolonglah hapuskanlah cinta yang bersemi dihati ini. *eceehhh ayat macam tak boleh nak belah kan. Teeheeee **
Hmm aku bukan berharap sangat sebenarnya tapi aku suma tak boleh lah bila ada orang layan aku macam princess dia. Hehehe *princess to ! Teettttt ~ Eh eh serius sikit boleh * Hmm tapi masalahnya kenapa aku tak boleh nak lepaskan and nak lupakan mamat sengal sorang nih. Haiyooo jangan nak tambahkan kepeningan aku lah. Hishh ! Abeh dah satu badan berpeluh-peluh nih. Haishhh ! Tak boleh duduk diam dah nih. Rase macam nak pergi JB sekarang jugak weiii. Aduiiii ~ Dugaan dugaan ! Kenapalah kau bertimpa-timpa aku tahun ni. Lain tahun tak boleh ke haa. Semak kepala hotak weiii. Gggrrrr >,<
Yang nih lagi satu mamat sengal nih. Hidup kau tak habes-habes nak menyusahkan aku jea kan. Asyik aku jea yang kena fikirkan kau tapi kau langsung tak fikirkan hidup kau sendiri. Asal kau tak fikir sendiri jea. Haaa budakk ?? Hmm bukan dia nak jawab pun bila aku tanya dia. Haishhh. Hidup macam ape dah. Tidak bermakna bagiku lagi *haptuihhh, haa ludah lagi. Heeee. Kau tahu tak yang aku nih kesian sangat tengok kau. Kau selalu bikin masalah tau tapi kau tak pernah nak selesaikannya. Kau belah camtu aje. Kau ingat masalah tu ade kaki ke, dia nak jalan sendiri pergi kedai masalah then selelsaikan kat situ. Deyy tambi, masalah itu adalah kepentingan dalam hidup kita. Kita kena tempuh jugak nak tak nak. Kau yang kena selesaikan bukan makbapak kau k. Remember that ! Makbapak kita hanya mampu melihat sahaja wahai anak mudaa **
Sebenarnya post nih untuk kau tau. Aku just nak cakap yang aku nih susah dah nak terima lelaki macam to jea. Bukan bawak ke jinjang pelamin ponggg ** Aku taktahu nak terima kau lagi ke tak. Tapi aku rasa berdosa jugak lah sebab aku dah cerita kat orang pasal kau yang bukan-bukan lak. Haishh aku minta maaf k. Aku takde niat pun sebenarnya. Tapi aku redha jea lah kalau jodoh aku dah dengan kau. Hmm aku nak lepaskan kau bukan sebab aku ade jantan lain tapi aku betul-betul dah tak tahan dah hidup dengan kau nih. Sumpah weiii ape yang aku cakap selama nih kau tak pernah dengar pun. Kau nak ikut kepala kau sorang jea. Aku tak paham diri kau sebenarnya. Sebab diri aku sendiri pun aku tak paham tau. Macam mana lah aku nak paham diri orang lain. Hmm aku nak minta maaf sangat-sangat lah sebab layanan aku nih dah buat kau salah faham. Tapi aku dah cakap kan sebelum nih yang aku tak boleh terima kau. Aku dah tawar hati sangat-sangat k. I'm so sorry and goodbye k -.- Thanks and bye sayang ! ~ Alif
So guys, I'll see you soon k. Have a nice day ~ Adioosss !